Friday, December 21, 2012

Alhamdulillah (24 Tahun di Bumi Allah)


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah masih memberikan aku nafas 
hidup dibumi selama 24 tahun genap semalam (20.12.2012). 
Cantik kan tarikh. Sekali seumur hidup.

Terima kasih Mak & Ayah...
Makseh mak melahirkan aku dibumi..
Makseh mak & ayah membesarkan aku selama ni..
Terima kasih sangat2. Syukur Ya Allah memberikan ibu & ayah yang penyayang.
Kasihani & sayangi kedua Ibu Bapa ku Ya Allah..
seperti mana mereka menyayangi & mengasihani aku ketika kecil.
Terima kasih juga buat keluarga, kakak2 & adik2 yang penyayang.
Yang saling melengkapi & membantu ketika susah dan senang selama 24 Tahun aku hidup.
Syukur Alhamdulillah....
Terima kasih semua. I Love U...
Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat Mak & Bapak yea. InsyaAllah (Amin)

Buat kawan2, sahabat2, saudara2..
Terima kasih atas doa dan ucapan kalian.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik.
Buat kawan2 yang buat suprise birthday, Terima Kasih sangat2..
Terharu...(Moga segala apa yang kita inginkan tercapai) InsyaAllah...

Sebelum menitikkan noktah terakhir,
Nida Selamat hari Jadi. 
Semoga menjadi anak yang solehah (akan memperbaiki diri)
Semoga menjadi adik & kakak yang bermanfaat buat keluarga.
Semoga menjadi insan/wanita yang berguna buat masyarakat.
 Semoga sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T
InsyaALLAH amin :)

Aku bersyukur dengan hadiah yang engkau limpahkan kepada aku Ya Allah.
Setiap hari2ku adalah hadiah dariMu. (Alhamdulillah).


p/s buat diriku :-

Ya Allah aku tidak layak ke syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan dosa dosaku, Kedua Ibu, Keluargaku, sahabat2 ku, guru2ku, saudara2ku,
Terimalah Taubat kami.
Sesungguhnya Engkaulah pengampun  dosa-dosa besar.
**Akulah hamba yang mengharap belas dariMu Ya Allah :'(


Thursday, December 6, 2012

Aku Yang berdosa



Assalamualaikum..
Tiba2 hati berdetik dan tangan pantas menaip  n3 ini...
N3 yang tidak seberapa namun mendalam maksudnya buat diri yang kerdil ini.
sobs sob :'(


Dalam renungku...
Menyapa rasa besalah yg kini ku sesali...
Menitiskan air mata yg perlahan membasahi pipi...
Aku yang berlumur dosa...
Berusaha terus menjadi  sempurna...

Dalam hati bertanya...
“Ya Allah Ya Tuhanku mahu kah Engkau mengampuni dosa-dosaku selama ini?
Dosa yang tidak terhitung berapa banyaknya.
Apakah aku ini mjadi buta dalam melihat kebesaran atas nikmat
 dan semua yang telah Engkau berikan pada kuTuhan??
Bukan aku tak ingin mengubah semua ini Ya Allah,
Aku sentiasa berusaha untuk berubah..
Namun aku masih payah mengubah sikap ku ini....

Bgaimana caranya Ya Allah..?
Berikan petunjuk padaku..
Ku lakukan dosa yang terus dan terus aku buat berulang-ulang kali.
Namun Engkau masih saja menyayangi aku ya Allah..:'(

Aku lemah tanpa mu Ya Allah....
Aku tak sanggup hidup tanpaMu
Dan aku tidak kan sanggup hidup dengan kelemahan yang ku miliki jika tanpa kekuatan dari Mu..

Izinkan aku untuk berubah menjadi insan yang lebih baik Ya Allah.
Rengkuh aku dalam pelukan hangat cinta dan kasih Mu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkaulah yang maha Menyayangi
Dan lagi maha Mengampuni....
:'(

InsyaAllah 
~~TamaT~~





Saturday, December 1, 2012

Istikharah Cinta~~~

Assalamualaikum.......


Alhamdulilah masih berdegup jantung hari ini.. Syukur Ya Allah :))
Hari ni 2nd of Dcember 2012...
Langsung x terasa kan....huhu...
Sobs sobs :'(
Tengah mencari Ilham, tengah mencari titik noktah untuk masa depan...
Tapi belum menemui jawapan.. InsyaAllah setia menunggu jawapan...

Sambil tu nak kongsi2 lirik lagi Istikharah Cinta ni...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta....



p/s : Ya Allah... 
        Jika aku jatuh cinta
        Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu.  
        Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu........
     :  Tabah lah duhai hati.. Allah mengetahui mana yang terbaik untuk hamba2nya (InsyaAllah)

Waalaikummussalam....

Monday, November 26, 2012

Terasa Kerdil Diri Ini

Assalamualaikum

Ketika jiwa merasa sesal & kecewa..
Mengenangkan dosa2 yang dilakukan..
Ketika harapan dirasakan tiada lagi...
Namun aku pasti, 
Tidak pernah ada halangan 
Jika aku ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla (Kembali kepada Allah).

Duhai diriku,
Usahlah kecewa terhadap diri sendiri,
Jangan putus asa & kecewa dengan rahmat Allah,
Kerana Allah mengampunkan segala dosa2. (InsyaAllah).

Ketika diri tiada tempat untuk meluah,
Melepaskan segala resah di jiwa,
Beristighfar kepada Tuhan,
Balik kepada Tuhan,
Dan minta ampun kepada Allah. 

Alhamdulillah
**Pintu keampunan Allah, Allah buka keampunan pada waktu siang 
    Untuk Dia mengampunkan orang yang buat dosa pada waktu malam.
**Dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam 
    Untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang. 

Duhai diri,
Ketika mengenangkan dosa2 yang dilakukan,
Dosa yang dilakukan itu banyaknya daripada bumi hingga ke langit,
Namun kata sahabat,
Usah berputus asa dengan rahmat Tuhan,
Teruskan perbaiki diri
Kerana seluas luas pintu di dalam ajaran Islam
Adalah pintu TAUBAT. 
Tuhan yang boleh ampunkan & bertindak atasnya.

Allah sentiasa mengampunkan hamba2nya
Selagi kita ikhlas, selagi kita tidak berniat untuk menipu, 
Selagi kita memang nak berubah & berTaubat betul2.
SubahanAllah sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha penyayang.
Hanya kepadaNya kita sembah,
Hanya kepadaNya kita memohon.

Kadangkala aku seringkali terlupa 
bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan (AstgharfirulAllahalazim) :'(
Sebenarnya apabila Allah memperkenalkan sesuatu hajat,
Dia memperkenalkan dalam berbagai rupa.

Duhai diri,
Yakinlah dengan Tuhanmu,
Bersyukurlah wahai diri.
Selagi nyawa dikandung badan,
Peluang untuk kembali kepada Tuhan tidak pernah tertutup.



p/s:
Ajaib hidup ini dengan DOA. Kalau difikirkan kerana DOA kita doa, entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa.Kita sanga macam kita tidak boleh keluar. Pada hari ini, pada saat ini, kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi & kita telah pun melupai sebahagian besar daripada DOA yang kita sebut. Selamat beramal...

Waalaikummussalam
~~TaMaT~~

Sunday, November 18, 2012

Bicara Kata Nasihat


Assalamualaikum...^ ^
Wah tengok jam dah pagi2 rupanya...
Makin pagi makin banyak la pulak idea nak menaip KeyBoard ni yea.
Tapi x apa (saya x mengantuk lagi la)
Hari ni kan hujung minggu (Ahad).
Alhamdulillah kita diberi nikmat dunia (bernafas lagi)

Tiba2 terpikir,
Kita hidup sebagai insan yang lemah ni
banyak sangat nak jaga hati manusia...
X kesah la samada Tua dari kita or Muda dari kita..
Kadang2 kita penat kan nak jaga hati orang sebab hati kita sendiri Terguris..
Tskkkkkk Tskkkkk :'( sedey nya....
Tapi duhai hati! SABAR!!

Dalam banyak2 menempuhi hidup onak, ranjau & duri,
Kadang2 terpikir & terus berpikir...
Belajar dari kesilapan (itu kan lebih baik)
Biar hati kita  x sakit & biar hati orang x sakit...
Jadi nak buat apa?? Nak buat maca mana???


KITA..... 
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

Ok set. Yang tu yang pertama.
Yang kedua, kadang2 rasa diri ini x pernah pun bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.
Asyik2 nak mengeluh la, rasa x adil la (ni lah saya)
Alahai... kenapa lah jadi mcm ni.. (Cuba bersyukur)

Kita SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari kita,
Kita DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA dari kita,
Kita SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari kita,
Kita SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari kita,

Rupanya kita lebih SENANG dari MEREKA.
Rupanya kita lebih BAHAGIA dari MEREKA.
Rupanya kita lebih GEMBIRA dari MEREKA.
Rupanya kita lebih SIHAT dari MEREKA.

~♥~ ALHAMDULILLAH YA ALLAH AKU
 BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU ADA ~♥~


p/s saya buat kalian & diri saya :-  

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. 

~~Muhasabah diri sekejap~~~
Waalaikummussalam w.b.t
---TaMaT---

Duhai Diri, Jiwa & Cinta


Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah
Selamat Malam sahabat2 & pembaca....

Malam ni tiba2 dapat  idea nak conteng2 tentang n3 hati yg berjiwa Cinta.
Cinta itu manis, semanis madu. Tapi jgn lupa CINTA yg 1 hanya pada ILAHI...

Sekeping ayat yang diptik dari pakar CINTA ;
 "Dalam diam ku simpan rasa cintaku, 
  Dalam hening ku kemas semua harapanku, 
 dan ku simpul dalam setiap Istikharahku kepada-Nya. 
 Biarlah, kelak nyata-Nya yang akan berkisah dalam nyata ku"


Jika benar hati insani yang satu itu kita pohon, Pohonlah padaNYA
Jika benar mahukan sang Insani itu sangat2, Mohonlah sangat2 pada Allah
(Bukan merayu2 pada empunya diri).
Jika empunya diri menolak, siapa yang kecewa??? (kita juga kan)

Jadi sahabat2 pembaca,
Jika kita pohon terus kepada Allah, Allah akan bagi 2 kemungkinan.
Mungkin dapat sang insani yang kita harapkan 
ATAU 
Mungkin juga mendapat sang insani yang lebih baik daripada yang diharapkan. (InsyaAllah)

Kita kan tahu, Perempuan yang BAIK, akan mendapat Laki2 yang BAIK (itu janji Allah). 
Jadi sentiasalah berdoa pada Allah agar dia jodoh kita.
Namun, jika kita dijodohkan dengan orang lain, Redhakan lah
kerana Allah tlah menggantikan yang lagi baik buat kita.
Hargailah dia dan Ajal, Maut, Jodoh smua ditangan Allah s.w.t. 




Jom layan nota hati ini :-

Sahabatku....
Berjalanlah Tanpa henti..  
Teruskan perjalananmu…

Redahlah onak duri dihadapanmu
Usah kita hirau pada sakit yang menyentap jiwa kerana cinta
Usah kita peduli pada susahnya jalan yang kita tempuhi
Kerana itu memang jalan kita
Kerana itu memang pilihan kita


Sakit itu hanya di dunia fana
Sakit itu hanya sekelumit cuma
Kita punya matlamat
Kita punya prinsip
Maka bawalah ia walau susah mana sekalipun.

Kita mesti yakin , 
Bahawa jalan yang kita pilih merupakan jalan yang benar!
Kita mesti yakin, 
Bahawa kita di pihak yang benar!
Kita juga mesti yakin, 
Bahawa hidup kita adalah untuk mencari redha-NYA!

Duhai hati berjiwa cinta mujahid & mujahidah,
Luruskan hatiku ini
Bulatkan tekadku ini
Kuatkan azamku ini
Yakinkan diriku ini
Bahawa Allah itu ada bersamaku (Ya, ALLAH ITU ADA)

Semaikan rasa sabar dalam diri ini
Pasakkan tiang ikhlas
Kuatkan semangat jihad
InsyaAllah, moga diriku istiqamah pada jalan ini


p/s :  
(1) “Tidak Allah menguji seseorang hamba, Melainkan hambaNYA itu mampu menghadapinya”
(2)  Jaga Diri, Jaga Iman & Jaga Hati :)

Waalaikummussalam w.b.t
~~~TaMaT~~~  

Wednesday, November 14, 2012

Hati JomLa Senyum_Seindah_Suria



Assalamualaikum & Selamat Pagi reader....
Hari ini hari Rabu (Alhamdulillah esok cuti Awal Muharam)
Suka suka suka (^_^)

Haaa di saat kesukaan keuntukan kemenujuan kehari kecutian keesokan keharian (Heeee)
Beberapa hari ni, fikiran x tenteram >.<
Banyak masalah yang entah keberapa juta kali
(sob sob sob :'( [nak nagis boleh??]
Masalah itu masalah ini, ai ai masalah2...

Tapi bila baca bicara nota hati ni tiba2 tersedar, 
rupanya2 masalah yg dihadapi dapat ganjaran.
Alhamdulillah berbaloi la jugak (berpikiran positif).
Allah maha adil (Tiba2 rasa bersalah sebab x reti nak bersyukur dgn dugaan yg diberi)
Ai ai...diri ini diri ini =_=

Nah kawan2 / reader. Jom baca (Mengubat hati yang lara)



Kesedihan itu takkan abadi...

Roda kehidupan selalu berputar...
Ada kalanya bahagia terasa...

Ada kalanya sedih merintih dan juga air mata...
Tapi tahukah kalian?


Ada Dia yang selalu menatapmu lembut...
Dia tahu yang terbaik untukmu...
Dia memberi apa yang engkau perlukan...
Bukan selalu menuruti apa yang engkau inginkan...



Semua yang terjadi juga kerana kehendak-Nya...
Semua yang berjalan sesuai rencana-Nya...



Jadi untuk apa engkau resah atas sesuatu yang belum pasti?
Bukankah janjiNya itu pasti?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Dia yang maha memberi...

Dia akan memberikan kepadamu segala apa yang engkau mohonkan kepadaNya...


Ketahuilah...
Jika engkau menghitung nikmat Allah...
Nescaya engkau tak akan pernah mampu menghitungnya...
Maka Bersyukurlah...



Hidup terus berjalan meski kadang kenyataan tak seperti yang diinginkan...
Yang dicintai kadang pergi...
Yang didambakan kadang menghilang...
Maka dekatkanlah dirimu denganNya...
Nescaya Dia akan mengerti perasaanmu...



Ini sebagian ujian dariNya...
Dia takkan menguji hamba2Nya melebihi kemampuannya...

Bukankah manusia itu memang diuji
 untuk mengetahui sejauh mana yang paling bertaqwa kepadaNya?

Maka tetaplah Istiqamah!


Masih banyak di luar sana saudara-saudara kita yang jauh lebih sakit dan menderita...
Selalu ada hikmah di balik kejadian...
Selalu ada kemudahan setelah kesulitan...
Semua pasti indah pada waktunya...
Itu adalah janjiNya...



Maka tersenyumlah wahai diri... ^_^



Kenapalah diri ini terlalu lemah ye untuk menghadapi dugaan, cabaran, dll masalah yg diberi??
Padahal terlalu kecil je pun, Tapi selalu merungut. >.< Haish
Orang2 yang diluar lagi la over n over & lagi berat rasanya.
Padahal disetiap kejadian mesti ada hikmah.
Alhamdulillah kesulitan yg aku hadapi ada hikmah tersembunyi.
Haa sekarang boleh tersenyum mcm ni (^ ____ ^ )

Selagi terdaya senyumlah, bertenang & berfikiran jauh ke arah positif (bukan termenung mcm saya yea) ^ ^ Saya maafkan sapa2 yg menyakitkan hati saya. (mls nak fikir) ahaaa...
p/s:

Allah tak beri kita bekal, 
Allah hanya beri kita akal. 
Tak cukup akal, 
susah dapat bekal. 
Tak cukup bekal, Kena guna akal~~~~
(Fikir2kan & Selamat beramal)

Waalaikummussalam :)