Assalamualaikum
Ketika jiwa merasa sesal & kecewa..
Mengenangkan dosa2 yang dilakukan..
Ketika harapan dirasakan tiada lagi...
Namun aku pasti,
Tidak pernah ada halangan
Jika aku ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla (Kembali kepada Allah).
Duhai diriku,
Usahlah kecewa terhadap diri sendiri,
Jangan putus asa & kecewa dengan rahmat Allah,
Kerana Allah mengampunkan segala dosa2. (InsyaAllah).
Ketika diri tiada tempat untuk meluah,
Melepaskan segala resah di jiwa,
Beristighfar kepada Tuhan,
Balik kepada Tuhan,
Dan minta ampun kepada Allah.
Alhamdulillah
**Pintu keampunan Allah, Allah buka keampunan pada waktu siang
Untuk Dia mengampunkan orang yang buat dosa pada waktu malam.
**Dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam
Untuk dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang.
Duhai diri,
Ketika mengenangkan dosa2 yang dilakukan,
Dosa yang dilakukan itu banyaknya daripada bumi hingga ke langit,
Namun kata sahabat,
Usah berputus asa dengan rahmat Tuhan,
Teruskan perbaiki diri
Kerana seluas luas pintu di dalam ajaran Islam
Adalah pintu TAUBAT.
Tuhan yang boleh ampunkan & bertindak atasnya.
Allah sentiasa mengampunkan hamba2nya
Selagi kita ikhlas, selagi kita tidak berniat untuk menipu,
Selagi kita memang nak berubah & berTaubat betul2.
SubahanAllah sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha penyayang.
Hanya kepadaNya kita sembah,
Hanya kepadaNya kita memohon.
Kadangkala aku seringkali terlupa
bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan (AstgharfirulAllahalazim) :'(
Sebenarnya apabila Allah memperkenalkan sesuatu hajat,
Dia memperkenalkan dalam berbagai rupa.
Duhai diri,
Yakinlah dengan Tuhanmu,
Bersyukurlah wahai diri.
Selagi nyawa dikandung badan,
p/s:
Ajaib hidup ini dengan DOA. Kalau difikirkan kerana DOA kita doa, entah berapa banyak dalam kehidupan kita daripada satu kesusahan kepada kesusahan yang telah kita keluar pada hari kita berada dalam kesusahan itu dan kita berdoa.Kita sanga macam kita tidak boleh keluar. Pada hari ini, pada saat ini, kita dapati, berapa banyak kesudahan telah kita rentasi & kita telah pun melupai sebahagian besar daripada DOA yang kita sebut. Selamat beramal...
Waalaikummussalam
~~TaMaT~~
~~TaMaT~~



No comments:
Post a Comment