Sunday, November 18, 2012

Duhai Diri, Jiwa & Cinta


Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah
Selamat Malam sahabat2 & pembaca....

Malam ni tiba2 dapat  idea nak conteng2 tentang n3 hati yg berjiwa Cinta.
Cinta itu manis, semanis madu. Tapi jgn lupa CINTA yg 1 hanya pada ILAHI...

Sekeping ayat yang diptik dari pakar CINTA ;
 "Dalam diam ku simpan rasa cintaku, 
  Dalam hening ku kemas semua harapanku, 
 dan ku simpul dalam setiap Istikharahku kepada-Nya. 
 Biarlah, kelak nyata-Nya yang akan berkisah dalam nyata ku"


Jika benar hati insani yang satu itu kita pohon, Pohonlah padaNYA
Jika benar mahukan sang Insani itu sangat2, Mohonlah sangat2 pada Allah
(Bukan merayu2 pada empunya diri).
Jika empunya diri menolak, siapa yang kecewa??? (kita juga kan)

Jadi sahabat2 pembaca,
Jika kita pohon terus kepada Allah, Allah akan bagi 2 kemungkinan.
Mungkin dapat sang insani yang kita harapkan 
ATAU 
Mungkin juga mendapat sang insani yang lebih baik daripada yang diharapkan. (InsyaAllah)

Kita kan tahu, Perempuan yang BAIK, akan mendapat Laki2 yang BAIK (itu janji Allah). 
Jadi sentiasalah berdoa pada Allah agar dia jodoh kita.
Namun, jika kita dijodohkan dengan orang lain, Redhakan lah
kerana Allah tlah menggantikan yang lagi baik buat kita.
Hargailah dia dan Ajal, Maut, Jodoh smua ditangan Allah s.w.t. 




Jom layan nota hati ini :-

Sahabatku....
Berjalanlah Tanpa henti..  
Teruskan perjalananmu…

Redahlah onak duri dihadapanmu
Usah kita hirau pada sakit yang menyentap jiwa kerana cinta
Usah kita peduli pada susahnya jalan yang kita tempuhi
Kerana itu memang jalan kita
Kerana itu memang pilihan kita


Sakit itu hanya di dunia fana
Sakit itu hanya sekelumit cuma
Kita punya matlamat
Kita punya prinsip
Maka bawalah ia walau susah mana sekalipun.

Kita mesti yakin , 
Bahawa jalan yang kita pilih merupakan jalan yang benar!
Kita mesti yakin, 
Bahawa kita di pihak yang benar!
Kita juga mesti yakin, 
Bahawa hidup kita adalah untuk mencari redha-NYA!

Duhai hati berjiwa cinta mujahid & mujahidah,
Luruskan hatiku ini
Bulatkan tekadku ini
Kuatkan azamku ini
Yakinkan diriku ini
Bahawa Allah itu ada bersamaku (Ya, ALLAH ITU ADA)

Semaikan rasa sabar dalam diri ini
Pasakkan tiang ikhlas
Kuatkan semangat jihad
InsyaAllah, moga diriku istiqamah pada jalan ini


p/s :  
(1) “Tidak Allah menguji seseorang hamba, Melainkan hambaNYA itu mampu menghadapinya”
(2)  Jaga Diri, Jaga Iman & Jaga Hati :)

Waalaikummussalam w.b.t
~~~TaMaT~~~  

No comments:

Post a Comment