Friday, November 9, 2012

Nota_Hati


Assalamualaikum pembuka bicara,
Kisah Sekeping Hati hendak memulakan bicara,
Tentang kisah  nota hati,
Buat kalian wahai para pembaca.
(ok ka pantun ni???)

Jom santai3 di n3 Nota hati hari ini.
Banyak idea lah pulak nak menaip.
N3 ni buat sahabat2 yang tengah membaca sekarang yea.
Kalau silap tolong betulkan & Maafkan saya.
(Saya budak baru belajar)
ok Jom!!

Sahabatku,
Biar kepahitan itu pergi,
agar kemanisan mengisi.

Biarkan kekecewaan berlalu,
agar kegembiraan mewarnai.

Biarkan kegelisahan lenyap,
jangan kita hilang semangat
.
Biarkanlah diri ini derita,
agar diri tahu kepahitan derita ini. 

Agar diri sedar kesengsaraan ini tidak sama 
bahkan hanya sezarah dari penderitaan Rasulullah saw.

Sahabatku,
 Allah sesekali tidak menzalimi diri hambaNya.
Tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.

Kerana apa Sahabatku,
 Cahaya kelam, pahala, dosa kita berupaya memilihnya, 
Walau kadang-kadang tersasar lantaran pautan nafsu. 

Namun peluang dariNya sentiasa ada.
Namun kasih dariNya sentiasa memayungi.

Sahabatku,
Diturunkan ad-din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.

Agar sahabat-sahabatku,

 Menjadi sebaik-baik ummat,

Tunduk sebagai hamba,

Berjalan sebagai khalifah,

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"

Menyemai sepohon "taqwa"

Agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"

Agar dapat berlindung dari angin "hasutan syaitan"

Dalam mencari keredhaan ALLAH SWT.

Sahabatku
 InsyaAllah (Semua dengan izinNya)




p/s buat sahabat2 ku : apa2 pun yang terjadi Ingat sandarkan pada Allah S.W.T.
Kita hanya mampu merancang, berusaha dan selebihnya itu adalah ketentuanNya.
Waalaikummussalam w.b.t


No comments:

Post a Comment